Sekarang musim jerebu, tahun ni boleh dikatakan jerebu paling teruk yang berlaku. Mungkin sepanjang CikYuyue kerja as physiotherapist, ini adalah jerebu paling banyak mempengaruhi kesihatan dewasa mahupun kanak-kanak. CikYuyue ditugaskan di wad Paediatric… Hmm, banyak sangat kes kanak-kanak bila musim macam ni.
Apa tugas Cikyuyue?
Kebiasaannya musim jerebu macam sekarang, baby akan mengalami masalah batuk, selesema dan asma. Lebih saintifiknya, Kes seperti:-
- acute bronchiolitis
- bronchopneumonia
- induced wheezing
- influenza A & B
Kami sebagai physiotherapist akan rawat baby dengan cara baby chest percussion atau baby suction. Kebanyakan hospital/klinik sudah tidak praktik baby suction tapi di hospital cikyuyue kerja, physiotherapist still lagi buat suction untuk baby di bawah umur 2 tahun.
Untuk ibu bapa, bila anak2 anda masuk hospital & paediatrician refer physiotherapist untuk buat baby suction, jangan persoalkan. Kami, medical team bukan nak anak2 anda sakit tapi kami berusaha memulihkan kembali anak2 anda. Daripada kahak tu berkumpul dalam paru2 anak anda sampai menggelegak bunyi kahak tu, ada baiknya bagilah kami buang kahak tu.
cikyuyue bukan apa, ramai sangat komplain anak2 nangis buat suction, Dik,, kalau anak korang tak nangis dik, tu yang kami risau daripada nangis melalak masa suction.
Dik, ada kebaikannya bila anak menangis, anak anda boleh praktis kembangkan paru2. Kalau dah anak anda lapar tu, dik kau agaklah..takde lah ngko nak biar budak tu menangis sampai biru. ko jangan dik nunn..
Kalau boleh, musim ni elakkan aktiviti luar dengan anak2 terutama sekali bila ada anak kecil yang masih bayi. Sistem imun bayi bukan macam kita yang dewasa ni. Kalau terpaksa juga outdoor, kena selalu pantau juga anak anda..kalau tiba2 demam,batuk selsema, sila rujuk Pakar kanak-kanak. Jangan biarkan.
Jangan bagi orang2 yang ada sakit (demam,batuk,selesema) dekat dengan anak kita, even bapak dorang sekalipun. Kena kuarantin laa kejap dik. Kalau terpaksa pergi majlis, kena bawa baby..ada makcik2 duk cium2 anak kita, balik tu..korang sental lah sikit muka anak korang tu. Okay.
Sampai sini lah dulu pengenalan kita, nanti cikyuyue bagitahu kaedah atau rawatan untuk chest percussion. Kalau ada anak yang batuk & kahak tak boleh nak keluar, boleh apply method yang nanti cikyuyue ajar. Okay?
CikYuyue